Thursday, January 7, 2010

Buku Saya Di Karnival Karangkraf


Jangan lupa dapatkan dua buku saya di Karnival Karangkraf dengan diskaun 30%! Wow...

Thursday, December 24, 2009

Nak Mengajar? Tiada Pengalaman? Izinkan Saya Bantu Anda

Jika anda ditawarkan kerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Guru Ganti atau Guru Kontrak, jangan menolaknya. Sesungguhnya, itulah rezeki yang Allah SWT anugerahkan kepada anda. Terima sahaja! Jangan jadikan alasan tiada pengalaman mengajar untuk anda menolak tawaran ini.

Jika anda pelajar IPGM atau pelajar-pelajar bidang Pendidikan di IPTA yang akan menjalani latihan mengajar pada awal tahun hadapan tiada pengalaman mengajar, janganlah bimbang! Bukankah itu prasyarat yang perlu anda penuhi sebelum bergelar guru terlatih.

Izinkan saya bantu anda melalui buku Mudahnya Mengajar!

3 Minggu Di Pasaran

Dimulai Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah! Dengan izin Allah SWT buku Mudahnya Mengajar! sudah 3 minggu berada di pasaran. Daripada maklum balas yang diterima, sambutannya amat menggalakkan khususnya daripada rakan-rakan guru, pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang akan menjalani praktikum mengajar dan pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Terima kasih atas sokongan yang diberikan! Semoga ilmu yang dikongsikan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh anda yang memilikinya. Mendidik... Dulu, Kini & Selamanya!

KANDUNGAN MUDAHNYA MENGAJAR!

  • Konsep Pengajaran
  • Proses Mengajar
  • Prinsip Menstruktur Kandungan Mata Pelajaran
  • Mentafsir Sukatan Pelajaran
  • Rancangan Kerja
  • Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
  • Komponen Persediaan Mengajar
  • Menulis Persediaan Mengajar
  • Konsep Objektif Pengajaran
  • Domain Kognitif
  • Domain Afektif
  • Panduan Psikomotor
  • Konsep Strategi dan Pendekatan Pengajaran
  • Penggunaan Pendekatan Pengajaran
  • Konsep Teknik Mengajar
  • Teknik Mengajar 1 : Syarahan/Kuliah
  • Teknik Mengajar 2 : Sumbangsaran
  • Teknik Mengajar 3 : Perbincangan
  • Teknik Mengajar 4 : Demonstrasi (Tunjuk Cara)
  • Teknik Mengajar 5 : Main Peranan (Role Play)
  • Teknik Mengajar 6 : Berbantukan Bahan Bacaan Tambahan
  • Teknik Mengajar 7 : Penyelesaian Masalah
  • Penggunaan Media Pengajaran
  • Kemahiran Mengajar 1 : Penerangan
  • Kemahiran Mengajar 2 : Penyoalan
  • Kemahiran Mengajar 3 : Peneguhan
  • Kemahiran Mengajar 4 : Penggunaan Papan Tulis
  • Induksi Set
  • Perkembangan Pengajaran
  • Menutup Pengajaran
  • Aktiviti Susulan
  • Mengajar Teknik Belajar
  • Kesimpulan